Setelah menerima banyak post berkenaan kejatuhan nilai ringgit, saya sendiri cuba menyelidiki kebenarannya melalui Google finance,.. Menurut kadar tukaran wang yang telah dikemaskini pada 5.44am, 7 September 2013 yang lalu, sekarang nilai matawang kita telah menurun kepada RM2.61 berbanding 1 Dollar Singapura,.. Kadar yang paling rendah sejak kemerdekaan Malaysia,.. Saya berharap agar semua rakyat Malaysia mempunyai perancangan masing-masing untuk menghadapi krisis kewangan ini, bersama-sama kita berusaha untuk meningkatkan hasil kerja kita untuk mengembalikan keyakinan pelabur dan meningkatkan kekuatan eksport negara,..
Aman Fathur
(1.35pm, 8 September 2013)

No comments:
Post a Comment