siboh kitak nangis,..


(image 'Zee Avi' taken from starpulse,..)

Oh sayang
Siboh kitak nangis
Mulut orang
Nang kadang-kadang jaik

Oh sayang
Jangan ambik ati
Tok kelak akan pegi
Sik lamak lagik

Sik kesah
Ribut kah, guntur kah, kilat kah
Kamek akan disebelah kitak
Mun kitak perlu kamek

Oh sayang
Udah gik kitak nangis
Kamek sik suka nangga
Kitak patah ati

Oh sik hal sayang,
Dunia tok memang adil
Asalkan kitak jangan lupak dirik

Sik kesah
Ribut kah, guntur kah, kilat kah
Kamek akan disebelah kitak
Mun kitak perlu kamek

Mun kitak perlu kamek... 





Kuching, Sarawak
8.30 am (Hometown!!)

sabar, jangan mudah putus asa dan teruskan usaha,..


"sabar, jangan mudah putus asa dan teruskan usaha", kata-kata yang selalu diberikan oleh orang dulu-dulu kepada kita,.. macam simple je tapi bukan senang nak amalkan,.. tapi dengan bersabar, tak mudah putus asa dan terus berusaha, kita dapat melalui saat-saat susah, kepayahan yang perlu kita lalui untuk dapatkan hasil,..

(H-E, hey,.. M-A, mar,.. C-Y, sai,.. T-O, tor,.. M-E, mii,.. T-E-R, teru~)
hematosaitomiiteru~

kata-kata ni bukan sahaja untuk kita ingat semasa hadapi kesusah dalam pelajaran atau pekerjaan yang kita lakukan, tapi juga untuk ujian-ujian serta masalah-masalah yang kita hadapi dalam kehidupan kita seharian,.. mungkin masalah kewangan, mungkin jugak masalah dalam perhubungan,.. tapi, ingatlah,.. sabar, jangan mudah putus asa dan teruskan usaha,.. jangan henti berdoa dan berharap untuk hasil yang lebih baik,..

dulu, masa saya mula-mula try nak culture phytoplankton dalam makmal baru Institut Akuakultur Tropika banyak sangat kesukaran yang terpaksa dilalui,.. maklumlah kajian yang saya buat ini adalah kajian baru di bawah seliaan supervisor saya, jadi tak ada senior, set-up dan alatan radas, bahan kimia, semua belum ada,.. kena start from scratch, tapi alhamdulillah sekarang semua dah okay,.. team penyelidikan bawah supervisor saya setakat ni sole cultivator dalam makmal plankton 2, media dan teknik kultur semua dah optimized,.. :) boleh supply ke hatcheri lagi!! haahahaha,..

tapi, sebelum tu bukanlah mudah,.. bukan straight line jalan yang kena dilalui, dah puas bengkang-bengkok bersimpang-siur lagi,.. dengan culture yang sangat terhad, masalah media, restriction dari segi bekalan air masin, lab access, kesilapan besar semasa up-scale dah buat team research kami hampir-hampir gagal,.. dah macam start dari scratch balik dengan kesilapan seminit je, sampai semua culture terpaksa dibuang,.. masa tu cuma dapat terduduk je tenung nasib, haahahaha,.. jadi, besabaqla banyak-banyak no~ apabila  hangpa hadapi dugaan,.. Allah test sikit je tu, kalau kita pass with flying colours dapat hadiah lumayan, heehehe,.. dalam satu weekend lepas 2 hari tak tengok culture, Allah surprise kitorang,.. the table had been turned!! 

(nama saya Aman, k? Hazwani dalam label ni pelajar FYP penyelia saya,..
bagi la chance adik-adik junior tulis nama, takkan label pun nak rebut jugak kot? haahaha,..)

sekarang, kitorang jadi tak tau nak wat apa sebab culture terlampau cepat grow,.. jadi macam orang miskin papa kedana tiba-tiba dapat sejuta ringgit, hee,.. sepatutnya satu cycle 14 hari, sekarang kitorang dapat buat 3 hari bloom, maksimum 6 hari dah hitam padat, genap seminggu ada oil emulsion kalau tak up-scale!! hee, boleh je nak buat projek biodisel kalau nak,.. wow!! heehe, takpe,.. tu tunggu dulu, FYP first then with my research!! 


Aman yang hensem,
kalau dah kita tak puji siapa lagi nak puji kan??

Food Garden, LCCT KLIA
(08-03-2012 10:55am)
Related Posts with Thumbnails