crucial communication,..


For scientists who would be agents of change, 
communication is not an add-on.
It is central to their enterprise. 
They begin with a goal in mind, 
frame their research questions to produce useful results and think
about how they will disseminate the information.
Yet learning to communicate is a critical life skill not typically taught as part of scientific training. 

It should be.


(Dr. Ho Wei Seng)

tunggu la bila aku dah besar nanti,..


Ketika aku berusia 12 tahun iaitu kira-kira sebelas tahun yang lalu, Kerajaan Malaysia memaklumkan melalui berita tentang kekurangan golongan professional seperti doktor perubatan, pegawai penyelidik sains dan jurutera dalam memenuhi permintaan sedia ada,..

Dalam hatiku ketika itu aku bertanya, “Kenapa tak ada orang yang boleh mengisi kekosongan jawatan-jawatan tu? Bukannya susah, cuma perlu belajar je,..”

“Tunggulah bila aku dah besar nanti,..”



Jadi, sekarang adalah tanggungjawabku untuk melengkapkan Ijazah Doktor Falsafahku yang baru sahaja diluluskan oleh Sekolah Siswazah UMT semalam,.. Akanku lakukan sebaik mungkin sebagaimana telah kulakukan untuk Ijazah Sarjanaku yang akan disahkan pada Mesyuarat Senat 30 Disember ini,.. Dengan berkat Allah, aku akan pastikan kualiti kajianku sebagai antara kajian terbaik dalam sejarah UMT!!


Aman Fathur
(Disember 24, 2010)

mutiara hikmah,..


setelah sekian lama, akhirnya aku kembali menulis,.. semalam aku tidur awal selepas makan ubat yang diberikan pusat kesihatan UMT, alhamdulillah demamku dah semakin kebah,.. insyaAllah akan sembuh cepat,.. aku bangun awal pagi tadi, mandi dan siapkan diri kemudian pergi makan kat warung mek siam sebab malam semalam tak makan, jadi kena cari sumber nutrien yang lengkap secepat mungkin,..

aku selamat sampai ke KT rabu lalu lepas seminggu bersama keluarga bercuti di kuala lumpur, dan sebelum itu meluangkan masa berehat selama dua minggu di kampung halaman kuching sarawak,.. ahad ni di kuala terengganu cuti umum sebab krismas jatuh pada hujung minggu,.. penyeliaku maklumkan yang tarikh tutup permohonan biasiswa MyPhD MyBrain15 akan ditutup pada 27 disember ini,.. hazwan memaklumkanku melalui smsnya pagi tadi yang permohonan tersebut akan ditutup pada 31 disember untuk pengambilan januari, jadi masih ada tiga hari tambahan untuk permohonan,..



pihak sekolah siswazah UMT memberitahu aku bahawa mesyuarat senat untuk kelulusan peperiksaan akhir MSc. akuakultur akan dilakukan pada 30hb disember, jadi setelah itu baru MSc. akuakultur akan dibenarkan untuk mendapat pra-transkrip keputusan dan surat pengesahan bergraduat,.. kemasukan PhD. UMT telah diluluskan pada mesyuarat senat semalam, oleh itu aku telah disahkan sebagai pelajar PhD. di UMT,..

walaubagaimanapun, permohonan untuk biasiswa MyPhD masih tidak dapat dibuat kerana status MSc. aku masih lagi tergantung,.. harap segala urusan ini akan selesai minggu hadapan, dan aku sentiasa menunggu hadirnya mutiara hikmah daripada masalah ini,..



Aman Fathur
(Disember 24, 2010)
Related Posts with Thumbnails