tunggu la bila aku dah besar nanti,..


Ketika aku berusia 12 tahun iaitu kira-kira sebelas tahun yang lalu, Kerajaan Malaysia memaklumkan melalui berita tentang kekurangan golongan professional seperti doktor perubatan, pegawai penyelidik sains dan jurutera dalam memenuhi permintaan sedia ada,..

Dalam hatiku ketika itu aku bertanya, “Kenapa tak ada orang yang boleh mengisi kekosongan jawatan-jawatan tu? Bukannya susah, cuma perlu belajar je,..”

“Tunggulah bila aku dah besar nanti,..”



Jadi, sekarang adalah tanggungjawabku untuk melengkapkan Ijazah Doktor Falsafahku yang baru sahaja diluluskan oleh Sekolah Siswazah UMT semalam,.. Akanku lakukan sebaik mungkin sebagaimana telah kulakukan untuk Ijazah Sarjanaku yang akan disahkan pada Mesyuarat Senat 30 Disember ini,.. Dengan berkat Allah, aku akan pastikan kualiti kajianku sebagai antara kajian terbaik dalam sejarah UMT!!


Aman Fathur
(Disember 24, 2010)

1 Response to tunggu la bila aku dah besar nanti,..

  1. NURUL AIN says:

    cayok2 abang aman...ain byk lg step...hehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails