petang yang sunyi,..
seawal jam 7 pagi aku bangun, mandi dan bersiap untuk berjalan kaki ke kampus. sampai di kampus jam belum lagi pukul 8 pagi, tp hazwan telah pun berada di BK,.. "internet hari ni lembab sikit la aman,.." katanya,.. tanpa membuang masa, aku mula menaip sedikit demi sedikit laporan makmal subjek SBA 4405 yang perlu dihantar esok,.. pada masa yg sama, aku juga menunggu kedatangan mukriz dan ainu,.. mukriz, partner game multiplayerku, heehe,..
tiga puluh minit selepas jam 12 tengah hari, fauzan pun dtg ke BK,.. tidak lama kemudian, hpku pun berbunyi. dapat sms daripada mukriz ajak makan tengah hari kat kedai mek siam,.. aku dan fauzan pun menaiki kereta waja nya ke kedai berkenaan,.. sampai sahaja di kedai, aku mengajak kak asmah untuk join sekali,.. selepas itu, kami pun kembali ke BK,.. apa lagi, aku dan mukriz pun mulakan operasi CnC: Generals,.. dua game siap, satu menang satu kalah,..
pada jam 6 ptg, rakan-rakanku mula balik ke rumah masing-masing,.. tak tahan dengan kebosanan BK, aku pun keluar untuk merasa udara petang,.. hari ni cuti, jadi kampus pun sunyi sepi,.. aku tak jadi ke pantai UMT, kerana ramai geng-geng bujang yg tengah sibuk bermain bola tampar,.. berdiri sebentar di jambatan, aku pun menelefon kak asmah,.. saje bual-bual nak hilangkan boring sikit,..
sunyi dan bosan, teringat pulak lama dah tak tulis blog,.. jadi terblog pulak coretan hidup untuk hari ni, dan buat julung kalinya juga dalam bahasa ibunda,.. duduk di BK, bunyi air-cond. saje yg kedengaran,.. cuaca di luar dah semakin gelap,..
bosannyer duduk sorang2,..
0 Response to petang yang sunyi,..
Post a Comment