jiwa nan indah,..


sambil menyorong motosikal yang tiada berkunci aku memulakan perjalanan yang kuanggarkan selama 30 minit dari kawasan UniSZA sehingga ke Kampung Pak Tuyu,.. motosikal tersebut dipinjamkan oleh rakanku, mukriz yang kini telah berada di negeri sembilan, tempat tumpah darahnya,.. ternyata malam yang sudahpun melabuhkan tirainya membuatkan kawasan jalan raya sungguh sunyi sekali,.. walaupun mungkin ramai yang masih lagi terjaga di malam ini, tetapi telah mula berkumpul di beberapa tapak sambutan detik ulangtahun kemerdekaan,..

aku memulakan langkah menyorong motosikal tersebut,.. hanya lima minit aku berjalan, seorang lelaki pertengahan usia bermoto mendekatiku,.. kulihat ada sebuah beg pakaian diletakkan di pangkuannya,.. pada amatanku, mungkin pakcik ini baru sahaja selesai kerja di tempat yang jauh ataupun baru sahaja sampai ke kampung halaman untuk bercuti,..

"kenape ni, dik? tayar pancit ke?"

"tak pakcik, cuma kunci tertinggal kat rumah kawan,.. sbb tu tak dpt start ni, nasib baik tak kunci kepala,.."

"mari adik, pakcik tolong tolakkan,.." kata pakcik tersebut sambil menunggang motosikalnya mendekatiku dan meluruskan kaki kanannya menghalakan tapak kakinya ke arah paddle motosikalku,..

"takpe pakcik, biar saya sorong sahaja,.. lagipun rumah kawan saya depan sana sahaja,.."

"takpe, takpe, takpe,.. mari pakcik tolong, kita gi sama2,.."

"takpe pakcik, rumah kawan saya jauh sikit,.. kat belakang pagar UMT sana,.. terima kasih yea, pakcik,.. terima kasih,.."

pakcik berkenaan pun senyum dan berkata,.. "baiklah, pelan2 la yea? nnti sampai la kan?"

"terima kasih pakcik, terima kasih,.." aku angkat tanganku tanda terima kasih,..

aku teruskan perjalanku sambil berfikir dalam-dalam, agar masa yang berlalu tidak terasa lama,.. kelihatan beberapa moto dinaiki remaja yang membawa bendera malaysia dan terengganu lalu di tepi ku,..

"diorang dah nak start konvoi kemerdekaan agaknya ni,.. kulihat jam tanganku menunjukkan pukul 11.15 malam,..

"bang, kenape ni? ade ape2 masalah ke?" berhenti sebuah moto di sebelahku dibonceng oleh remaja yang mengangkan bendera malaysia,..

"takde ape, dik,.. cuma kunci moto ni je yang tertinggal kat rumah kawan abang,.."

"semua okay yea, bang?"

"okay, dik,.. tak lama lg sampai la rumah kawan abang tu,.. terima kasih ya, dik!!" kuangkat tanganku sebagai tanda hormat,..

langkah diteruskan sehingga aku sampai ke lampu isyarat UMT,.. mujur ada laluan pejalan kaki, kujalani sambil menyorong motoku di sebelah kanan,.. aku kelihatan terbongkok2 kerana  laluan berkenaan agak tinggu membuatkan handle motosikal berada sehingga pada paras pinggang sahaja,..

kemudian, lalu di sebelahku motosikal 125Z yang ditunggangi seorang lelaki lebih kurang 50-an,.. sampai sahaja pada jarak lebih kurang 15 meter di hadapanku, moto berkenaan berpatah balik dan menghampiriku,..

"kenapa ni, dik? tayar pancit ke?"

"tak pakcik,.. tadi sewa kereta, tp kunci tertinggal kat rumah kawan,.."

"owh, ingatkan tayar pancit ke, moto rosak ke,.."

"takpe pakcik, semua okay,.. lagipun rumah kawan saya cuma depan tu saje,.. terima kasih ya, pakcik,.." angkat tanganku sebagai tanda balas hormat terhadap pakcik itu,..

perjalanan kuteruskan sehingga ke bulatan kampung pak tuyu,.. setelah semuanya clear, aku pun berlari menyorong motoku menyeberangi bulatan tersebut,..

sebuah kereta kancil lalu perlahan di kiriku,..

"nape ni, bang,.. habis minyak ke?" kata seorang awek di duduk sebelah pemandu yang kusangkakan mungkin pakwenya,..

"takde ape, cuma kunci je yang tertinggal kat rumah kawan,.."

"ohh, ingatkan takde minyak,.. kalau takde minyak, kite boleh wii,.."

"takpe, takpe,.. terima kasih ya!!"

senyum awek berkenaan dan kereta tersebut berlalu pergi,.. kereta berkenaan membuat pusingan-U sebaik sahaja tamat pembahagi jalan,.. aku mengangkat tangan tanda terima kasih ke arah pemandu kancil berkenaan,.. kuteruskan perjalanan lebih kurang 10 minit sebelum aku tiba di rumah rakanku,.. kelihatan dua rakanku menunggu aku di hadapan pintu rumah,.. aku berasa agak bersalah kerana membuatkan mereka risau, semuanya kerana kelalaianku sendiri,..

tapi, pada malam itu banyak yang aku boleh pelajari,.. sesungguhnya rakyat negara ini sangat kaya dengan sikap murni dan tolong menolong antara satu sama lain, menandakan kematangan negara kita yang telah 53 tahun merdeka,..

selamat hari kemerdekaan yang ke-53 kepada semua!!

1 Response to jiwa nan indah,..

  1. MISS says:

    semua tu dulu....dulu, semua indah...sekarang x lagi.....manusia berubah....semua berubah.....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails