current scenario of malay entrepreneurship,..


Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera at Dewan Sultan Mizan,
Universiti Malaysia Terengganu

four days before, i went for 'Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera' organized by 'Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM)' at Dewan Sultan Mizan, UMT,.. the programme was attended by Tan Sri Rahim Tamby Chik (Chairman of GABEM), Dato' Ramlan Othman (Executive Director of GABEM), Dato' Mohd. Shukor Omar (Chairman, KMB Educational Services Sdn. Bhd.), Tuan Haji Sahlan Saruddin (Board of Director, GABEM), Mr. Kamarul Ariffin Ujang (Director, Economic Planning Unit),..

opening ceremony was performed by the Chairman of GABEM

the half-day-event was divided into two sessions which are speech by Dato' Ramlan Othman and Tan Sri Rahim Tamby Chik whereas the other session after the morning break was paperwork presentations and dialog session with the audience regarding current economic scenario of bumiputera,.. the program was very inspiring and act as a wake-up call for the educated younger generation of bumis to participate in the economic playground,..

Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera's booklet

below are several excepts from speech by keynote speaker, Tan Sri Rahim Tamby Chik,..

"sekiranya kita gagal dalam perjuangan ekonomi bangsa melayu, maka tumpaslah ketahanan bangsa kita,.."

"tidak mungkin empayar besar Melaka dapat wujud tanpa adanya pengurus-pengurus hebat dalam menjana kekuatan ekonomi yang kukuh"

the chairman of GABEM stated that 67% of the population consist of bumis, but they only hold 18% of the economic dominance as compared to our brother race, chinese which are 28% of the population but hold 47% of the economic power,..

the programme was arranged by Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM)

"kita bukannya menghalang rakan-rakan kita dari kaum cina dan india daripada mengawal ekonomi, tapi kita harus berusaha jadi sehebat mereka,.. sekurang-kurangnya kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka,.."

Tan Sri Rahim said that there are numerous incentive and facilities for emerging bumis entrepreneur however it was like "pi mai, pi mai, tang tu jugak,..", added him,..

Tan Sri Rahim Tamby Chik

"macam pam basikal, pam-pam tapi tayar basikal tak jugak keras-keras,.. sebab ada lubang, bocor,.."

"kita masih lagi lalai, masih tak ada ciri yang diperlukan untuk membentuk seorang usahawan yang berjaya,.. seorang yang berdisiplin, yang amanah, yang sistematik, kita masih lagi tak ada semua ciri-ciri itu,.."

"seorang usahawan yang berjaya mesti menghormati masa, tepati janji, pandai mengambil hati, pandai menyusun produk dan strategi pemasaran, membuat keputusan yang bijak dengan cepat dan yang paling penting mempunyai pengetahuan yang pelbagai dan mendalam,.."

"adalah menjadi cabaran kepada anda, golongan generasi baru untuk menebus kembali pegangan ekonomi untuk bangsa kita,.."

bumis especially malay are very weak and not competitive,.. the chairman of GABEM believed this maybe due to the inherited upbringings and teachings of soft-spoken, 'it's okay' or 'tak ape,..' mentality, lack of arguing and questioning attitudes, vengefulness, jealousy, laziness and inconsistency in effort,.. these characteristics had already become deeply-rooted in the society and it is very hard to change,..

"bangsa kita seperti robot yang dikawal dengan remote control, di sana sini kita menunjuk perasaan, di sana sini kita berdemonstrasi tapi dari segi ekonomi bangsa kita amat lemah,.."

we need to be willing to change our internal negative attitudes to succeed in every field especially in the aspect of economic dominance,.. "satu transformasi dan evolusi diperlukan,.."

"sikap mudah mengalah dan tidak tahan cabaran menyumbang kepada kadar kegagalan tinggi dalam usahawan bumiputera,.."

"telah tiba masanya untuk graduan memberi sepenuh perhatian terhadap ekonomi, pendekatan yang berintegrasi, sistematik dan padu adalah kunci kepada kejayaan kepada kita untuk mencapai pegangan ekonomi pada tahap 30% menjelang tahun 2020,.. tanpa perubahan sikap menjadikan seseorang usahawan itu memiliki ciri-ciri dalaman yang kukuh, viable dan versatile, kita umpama membuang garam ke dalam laut,.."

"graduan-graduan sekarang memiliki pengetahuan dan kepakaran yang amat tinggi sebagai contoh dalam civil engineering, chemical engineering, mechanical engineering, aerospace, tapi habis belajar semua akan berpusu-pusu nak jadi cikgu,.. pastu cikgu sukan pulak,.. ajar senaman: 'atas, bawah, atas, bawah,..' kerana mereka tiada penghayatan dalam bidang yang mereka ceburi dan kurangnya sikap patriotisme dalam diri,.."

"saiz Singapura hanya sebesar Melaka, tapi memiliki kekuatan ekonomi sekuat Malaysia,.. Singapura memiliki kekuatan tentera udara yang terkuat di Asia Tenggara,.."

"jangan berjuang secara individu, tapi berjuanglah dalam satu pasukan,.. barulah orang melayu boleh naik,.. kita tak boleh bergerak secara sendiri-sendirian sahaja,.."

"orang melayu kita ada banyak masalah seperti perebutan, sikap berpuak-puak dan perasaan saling dengki-mendengki,.. cuma ingin menegak agenda peribadi masing-masing sahaja,.. dan yang terkorban adalah perjuangan ekonomi bangsa,.."

"kita patut anggap diri kita perosak atas keadaan ekonomi melayu yang stagnant dan stationary ini,.."

"orang-orang dahulu mula bertindak kerana melihat orang melayu lemah kerana asyik nak menuntut hak, mewujudkan ketagangan sosial sana-sini, tak mahu berubah dan akhirnya meruntuhkan perjuangan ekonomi negara,.. oleh itu, golongan minority mula mengambil peluang menangguk di air keruh atas kelemahan orang melayu dengan cara mewujudkan isu-isu yang mengelirukan, menyebabkan pengorbanan darah dan tiada penghargaan terhadap sejarah di mana pelbagai perkara diperkotak-katikkan,.."

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah untung nasib sesuatu kaum, melainkan usaha kaum tersebut untuk mengubah nasib mereka sendiri,.."

"pilihanraya 2008 wujud ketegangan perkauman yang sangat ketara, menjadikan setiap orang resah gelisah siapa yang akan memimpin negara,.. pemimpin sering bergaduh di antara mereka, setiap seorang mempunyai ideologi yang bertentangan,.."

"rakyat tidak lagi boleh menjadikan pemimpin sebagai contoh, kesedaran harus timbul dari dalam diri bangsa itu sendiri,.. ia akan lebih kekal kerana datang dati jiwa dan kalbu,.."

"kejayaan-kejayaan kita pada masa dahulu adalah kerana perkhidmatan awam mengikut dan menurut segala arahan pemimpin-pemimpin yang telah diamanahkan,.. dengan itu, mudah untuk merealisasikan matlamat dan objektif rancangan yang ingin dilaksanakan,.. sekarang, KPI (Key Performance Index) diperkenalkan untuk memantau output setiap kakitangan perkhidmatan awam, peranan GABEM adalah di akar umbi di bawah naungan pemimpin-pemimpin negara,.."

"pemimpin-pemimpin gembira sahaja apabila peruntukan yang diberikan telah habis dibelanjakan tapi rakyat masih lagi lintang-pukang,.. oleh itu, KPI adalah penting untuk menjamin keberkesanan pelaksanaan sesuatu pelan,.."

"Program Transformasi Ekonomi perlu dilaksanakan supaya kita tidak lagi khayal dengan kuota 30% pegangan bumiputera yang telah banyak membawa kecelakaan ekonomi kepada kita,.. sebagai contoh, dalam bidang ekuiti saham, procurement (penyampaian bahan-bahan projek), kita tidak dapat syarikat-syarikat melayu yang berkualiti kerana tiada pengurus-pengurus ekonomi melayu yang berpengetahuan,.. oleh itu, kuota 30% telah ditukar kepada pendekatan yang lebih sistematik dengan penubuhan 'Ekuiti Nasional (EKUINAS)' yang akan membeli share dari syarikat-syarikat bumiputera yang berwibawa dan boleh ditadbir supaya dapat memberi galakan dan kerjasama kepada syarikat-syarikat bumiputera baru yang masih membangun dengan cara memantau, melihat, menilai agenda yang boleh menyumbang kepada kepentingan bersama,.."

"Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang ditubuhkan berperanan untuk menyelaras dan mengelak penduaan dalam peranan setiap bidang jabatan serta kementerian untuk mengelakkan pembaziran sumber,.."

"unsur pemansuhan pembangunan ekonomi seperti kebanjiran pekerja asing menyebabkan kebocoran ekonomi yang menyebabkan pelabur asing kurang kepercayaan terhadap kemantapan ekonomi negara,.. oleh itu, kadar gaji minima untuk pekerja kurang mahir, separuh mahir dan mahir harus diperkemaskan untuk menggalakkan pengambilan buruh tempatan,.."

"sasaran kita adalah pencapaian ekonomi melayu yang sustainable, self-propelled sehingga mencapai pegangan 30% menjelang tahun 2020 dan tidak lagi menjunam selepas itu,.."

"bukan salah ibu mengandung, tapi salah sendiri yang tidak mahu berubah sikap,.."

"golongan baru harus mencari perangsang dan rejuvenasi semangat untuk menebus ekonomi dan menyelamatkan bangsa,.."

(Tan Sri Rahim Tamby Chik)


Aman Fathur
(January 26, 2011)

0 Response to current scenario of malay entrepreneurship,..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails