patience,..
sejak dari kecil lagi, aku sering kali diberikan dugaan untuk menguji kesabaranku,.. dan, sering kali juga aku gagal untuk memahami hikmah di sebalik keadaan yang melanda,.. namun, kini aku telah mengerti yang masalah atau kesulitan yang melanda, menambah kekuatan dan kematangan kita,..
sesiapa pun tidak ingin masalah, tetapi kita harus menghadapinya dengan hati yang kental,.. dalam setiap masalah, terselit hikmah yang secara sasteranya memberi kebaikan jauh lebih banyak sehingga dapat melangkaui kerugian daripada masalah yang dihadapi,..
namun, seringkali aku menyerah di saat-saat akhir,.. sedikit sahaja hikmah akan tiba, sudah ternampak bayangannya akan datang sebentar sahaja lagi,.. namun, ketidaksabaran menyebabkan seseorang itu gagal dalam ujian dan dugaan yang diberikan,.. akibatnya, terlepaslah hikmah yang menunggu sebagai ganjaran melalui dugaan tersebut,..
suatu masa dulu, aku pernah menonton sebuah dokumentari berkenaan kehidupan haiwan di kawasan gurun sahara,.. dokumentari tersebut melaporkan kehidupan sekumpulan keluarga gajah yang bermigrasi melintasi kawasan gurun untuk bertahan sepanjang waktu kemarau,.. kelihatan beberapa gajah yang lemah hampir tidak berdaya bertahan dengan cuaca kering, hampir menyerah kalah akibat kehilangan air yang teruk selama beberapa hari,...
namun, beberapa ratus kilometer dari kawasan tersebut, awan hujan telah terbentuk dan hanya menunggu masa sahaja untuk membasahi muka bumi gurun sahara,.. ketika itu, aku berkata, "besabarlah gajah, hanya beberapa ketika hikmahmu akan tiba,.." begitulah beratnya ujian yang dihadapi haiwan, namun dalam setiap masalah terdapat hikmah yang jauh lebih besar kelebihannya daripada kekurangan yang diberikan daripada masalah itu,..
jika kita dapat, cuma besabar sedikit sahaja pasti kita akan memperolehi hikmah sebagai ganjaran,.. tetapi, jika kita menyerah kalah walaupun di saat-saat akhir, maka akan terlepaslah segalanya,.. dibebani masalah dan tiada hikmah yang diperolehi,..
"besabarlah,.. cuma sikit sahaja lagi hikmah akan tiba~"
0 Response to patience,..
Post a Comment