halimatus saadiah,..


Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang,
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan,
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan,
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya,..

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa,
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa,
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda,
Namun hatimu rela bukan kerana harta,..

Halimatus Saadiah,
Engkau ibu yang bertuah,
Kau wanita penerima barakah,
Dari desa pedalaman,
Daerah di pinggiran,
Kau menyusui insan pilihan,..

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya,
Badan yang terasa lesu kini bertenaga,
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera,
Peliharaan ternakan membiak subur berganda,..

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah,
Engkau pemula muqaddimah yang indah,
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia,
Kau ibu susu yang bertuah,..

Pada sejarahmu terukir kenyataan,
Tidak kan miskin jika membela Islam,
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia,
Jangan takut jika kau beriman,.. 








Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.



Link: Halimatus Saadiah (LirikNasyid.com

0 Response to halimatus saadiah,..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails