rajah skematik,..


Salam dan Hello rakan-rakan pembaca,

Kajian yang ingin saya buat ini merupakan inovasi kepada Sistem Akuakultur Kitaran Semula yang melibatkan penggunaan mikroalga dalam rawatan air sisa akuakultur. Mikroalga akan menjadi alternatif kepada tumbuhan (seperti sayur-sayuran, buah-buahan) yang terdapat dalam Sistem Akuaponik yang dimajukan oleh penyelia saya. Projek kajian ni adalah gabungan idea dua penyelesaian kepada masalah akuakultur iaitu pelepasan sisa tak terawat yang tinggi dalam kandungan sisa organik terampai, ammonia, fosfat dan nitrat yang tinggi.


Sekarang saya dalam fasa untuk menyelesaikan mass balance untuk sistem yang dicadangkan ini. Sesetengah daripada 7 komponen penting sistem ini sudah melepasi ujian kelompok, apabila mass balance dah disiapkan boleh masuk ujian secara aliran terus (lanjutan daripada ujian kelompok),.. Sekarang cuma masalah pada mass balance sebab bidang fizik, tapi saya cuba untuk cari penyelesaiannya setiap hari,.. Jika ada cadangan atau perisian yang boleh membantu saya pada peringkat ini, saya harap kawan-kawan boleh membantu,.. Terima kasih kerana membaca, dan doakan kejayaan saya,.. :-)

Aman

0 Response to rajah skematik,..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails