sistem kitaran semula akuakultur,..



Inilah rekabentuk sistem kitaran semula apabila siap nanti,.. haahaha, taklah,.. gurau je, ini adalah rekabentuk satu sistem kitaran semula yang telah dikomersialkan,.. insyaAllah suatu hari nanti hasil kajian saya akan dapat diaplikasikan sehingga ke peringkat komersial,.. sistem kitaran semula akuakultur yang saya ingin majukan adalah berdasarkan konsep asas RAS seperti sistem-sistem yang lain, tapi kelainannya menggunakan mikroalga sebagai teknik bio-rawatan,..


Jika dilihat, sebahagian daripada sistem ini adalah terdiri daripada sistem aliran terus, sistem bardenpho dan beberapa sistem kitaran semula yang diintegrasikan bersama,.. sehingga minggu ini, saya telah berjaya menyiapkan nitrogen, phosphate dan oxygen balance,.. selepas ini saya akan teruskan untuk tangki aerobik, anoxic, tangki pemendapan, tangki mikroalga dan sebagainya,.. insyaAllah semuanya akan berjalan mengikut yang saya rancang,.. harap-harap kurang masalah berkenaan keseimbangan jisim,.. doakan kejayaan saya, kawan-kawan,..

0 Response to sistem kitaran semula akuakultur,..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails