angin dan hujan,..





angin mula bertiup kencang, awan hitam mula berhimpun,.. kebelakangan ini, hujan lebat turun hampir setiap petang di bumi Kuala Terengganu menandakan musim tengkujuh yang bakal tiba,.. kebiasaannya, dentuman guruh sentiasa berjaya menarik keresahanku,..

namun, aku masih lagi duduk di mejaku di bilik postgrad AQUATROP di UMT,.. hari ini aku tidak perlu risau akan hujan kerana rakanku waiho ada di sini,.. maksudnya, aku tidak perlu berjalan kaki bersama hafiz pulang ke rumah,.. hanya duduk di kerusi empuk kereta fazhan yang gagah meredah hujan,..

buku motivasi yang kupinjam di PSNZ dua minggu lalu telahpun kuhabiskan hari ini,.. ia telah membuka mindaku dan memberikanku sumber inspirasi,.. banyak yang dapat kupelajari darinya, tetapi lebih banyak lagi yang kupelajari dari diri ini,..

0 Response to angin dan hujan,..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails