menggenggam masa,..




masa seperti kian berlari jauh meninggalkan diriku yang alpa,.. kurang dari seminggu lagi peperiksaan akhir akan tiba, lima hari kemudiannya adalah tarikh pembentangan kertas cadangan projek kajian yang akan kujalankan,.. setiap hari yang berlalu, seakan-akan terlalu sedikit produktiviti yang kulakukan,.. persediaan untuk peperiksaan akhir belum lagi kukuh,.. kertas cadangan belum lagi lengkap, padahal ianya melibatkan dua bidang yang kritikal dalam akuakultur,.. bakteriologi untuk penyakit ikan dan kultur makanan hidup, dua bidang yang sangat asing bagiku,..

kusediakan dua topik untuk projek kajianku kerana jika boleh, aku ingin menjalankan salah satunya di kampung halamanku, kuching sarawak,.. secara khususnya, Institut Penyelidikan Perikanan Cawangan Sarawak (IPPCS),.. projek kajian ini melibatkan kajian ke atas kaedah diagnostik dalam mengesan profil bakteria yang wujud dalam produk akuakultur yang mungkin membawa kepada penularan sesuatu penyakit,.. kit diagnostik komersial, tindakbalas rantai enzim polimer (PCR) dan ujiam biokimia akan kugunakan untukku mencapai objektif kajianku,..

sebagai langkah berjaga-jaga, aku telah sediakan satu lagi topik untukku jalankan di UMT,.. 'aplikasi bioreaktor cahaya ringkas aliran udara sebagai alternatif kepada sistem konvensional pengkulturan mikroalga', itulah tajuk kajian keduaku,.. kajian ini akan kujalankan hanya jika aku tidak berjaya menjalankan topik kajian yang kucadangkan di atas,.. kemahiran dan pengetahuan yang kugunakan dalam penyediaan kertas cadangan kajian ini adalah berasa daripada projek tahun akhirku, secara khususnya fermentasi,.. ini kerana, kedua-dua topik ini melibatkan kultur organisma,..

semoga aku dapat menggenggam masa dengan lebih kuat, agar ia tidak terus meninggalkanku,.. detik ini, aku amat memerlukan masa untuk memastikan aku terus bergerak ke hadapan,..

0 Response to menggenggam masa,..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails