kisah cintaku,..


di malam yang sunyi ini, aku bersendirian,.. tiada seorang pun yang menemani diriku ini, membuatkanku kembali ke masa silam mengenangkan kembali kisah cintaku ketika aku berada dalam tingkatan 4, kolej datu patinggi abang haji abdillah, kuching,.. detik di mana cinta pertamaku pergi meninggalkan diriku,.. hanya dirimu yang kucinta dan kukenang, kekasihku,.. aku masih tak percaya, kau telah tiada,..



namun, akhirnya kini kusedari kau telah pergi tinggalkan diriku,.. dengan kecewa, aku bertanya kepada diriku adakah semua ini akan terulang lagi, kisah cintaku yang seperti dulu? kekasihku, hanya dirimu yang kicinta dan kukenang,.. di dalam hatiku takkan pernah hilang bayangan dirimu, untuk selamanya,..

kekasihku,..

setelah kau pergi, hilang semua cahaya dalam hidupku,.. aku hilang punca,.. aku teruskan hidupku walaupun semuanya kelihatan semakin kelam dan gelap,.. kukumpulkan cebisan-cebisan semangat yang masih kumiliki untuk kupujuk diri ini,.. aku bukan lagi seorang pelajar yang aktif dan ceria, hanya seorang yang diselubungi kesedihan dan kehampaan,.. disekitarku, aku hanya dapat mentafsir kegelapan semata-mata,..

rakan-rakan karibku, fakhri, zakia dan shifah, menghampiriku dan menanyakanku  sebab sebenarnya yang membelengguku,.. buat pertama kalinya setelah 3 bulan, aku mengukir senyuman,.. aku tidak menyangka masih ada yang mengambil berat terhadap diriku ini,.. namun, aku menafikan segalanya dan menyatakan tiada sebarang masalah pun,.. kerana bagiku, kisah cintaku adalah rahsia,..

waktu petangku, aku luangkan untuk membaca kembali semua surat cinta yang diutus oleh kekasihku,.. hatiku sebak dan terluka,.. ingin sahaja aku koyakkan dadaku, dan kukeluarkan hatiku yang sakit,.. kerana, tidak mampu lagi aku menanggung segala kesedihan ini,..

akhirnya aku kecundang juga,..

kekasihku, kaulah semangatku kaulah nyawaku,.. di dalam hatiku, sentiasa ada dirimu ke mana sahaja kakiku melangkah,.. namun, kini kosong,.. kuhilang segala gelak tawa dan senyumanku,.. haruskah kupergi tinggalkan dunia agar aku dapat kembali ke masa silamku? agar kita dapat kembali bersama lagi, kekasihku?



awan hitam mula berhimpun di suatu petang menandakan ribut akan tiba,.. aku menetapkan pendirianku, aku nekad,.. tidak mampu lagi kuteruskan degupan jantungku ini, sekali-kali tanpa dirimu, kekasihku,.. aku tunaikan solat yang kusangka solat terakhir dalam hidupku,.. aku memohon segala keampunan atas keputusanku, aku juga berdoa agar pemergianku ini tidak mendatangkan sebarang kesusahan kepada keluargaku,.. akhirnya, aku pengsan akibat pengambilan sejenis ubat melebihi tahap yang dibenarkan,..

akhirnya,..

aku telah pergi meninggalkan dunia ini, meninggalkan segala-galanya,..

agar aku dapat berjumpa denganmu,..





2 Response to kisah cintaku,..

  1. Dosz says:

    nang jiwang karat. kenak ending nya cliche glak?

  2. ya harapan masa ya bah, dosz,.. rasa mcm sikda masa depan gik, kmk nang mok nya jak time ya,.. ompuan lain kmk sik tangga gik dah,..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails